Mengenai Sekolah


COGANKATA


[忠勇群扑]
教育的主要宗旨是要栽培有学识、效忠、负责任及有崇高品德的好公民。
因此慕义学校以[忠、勇、群、扑]作校训,望能促进同学们培养崇高的道德价值观念及准备他们面对未来的挑战。

KESETIAAN, KEBERANIAN, KERAJINAN,KEJIMATAN
Tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu , taat setia, bertanggungjawab dan memperolehi nilai-nilai tatarakyat yang tinggi. Maka SRJK ( C ) MOH GHEE CAWANGAN memilih cogan kata  ' KESETIAAN, KEBERANIAN, KERAJINAN DAN KEJIMATAN ' semoga dapat mendidik dan memupuk nilai-nilai murni yang sempurna untuk menghadapi sebarang cabaran pada masa hadapan.

BENDERA
Ukuran sebenar bendera ialah 184 cm panjang dan 88 cm lebar.
Obor     : Melambangkan murid-murid sentiasa aktif dan
berusaha dalam kedua-dua bidang kurikulum dan
ko-kurikulum.
Roda     : 'Melambangkan Menuju ke arah Kemajuan'
Reben   : 'Melambangkan Perpaduan'

Makna warna-warna pada bendera ialah :-
Merah    : 'Menunjukkan Keberanian'
Ukuran sebenar bendera ialah 184 cm panjang dan 88 cm lebar.

Obor    : Melambangkan murid-murid sentiasa aktif dan
berusaha dalam kedua-dua bidang kurikulum dan
ko-kurikulum.
Roda    : 'Melambangkan Menuju ke arah Kemajuan'
Reben  : 'Melambangkan Perpaduan'

Makna warna-warna pada bendera ialah :-
Merah   : 'Menunjukkan Keberanian'
Hijau     : 'Menunjukkan Kerajinan'
Kuning  : 'Menunjukkan Kecerahan masa depan'
Putih     : 'Menunjukkan Kesucian'

LENCANA


Ukuran Lencana - Mengikut saiz sebenar.
Obor - Melambangkan keaktifan dan ketekunan murid-murid
dalam kedua-dua bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
Roda - Melambangkan 'Menuju ke arah Kemajuan'
Reben - Melambangkan 'Perpaduan'

Makna warna-warna pada lencana ialah : -
Merah - Menunjukkan 'Keberanian'
Biru - Menunjukkan 'Kerajinan'
Kuning - Menunjukkan 'Kecerahan Masa Depan'
Putih - Menunjukkan 'Kesucian'

LAGU SEKOLAH, LAGU KITA
Lencana Sekolah Moh Ghee bersinar selamanya, murid-murid selalu dalam keadaan riang-gembira.
Suasana indah dan tenang melahirkan rakyat yang jujur dan ikhlas, sedia berkhidmat untuk rakyat dan negara.
Mengujudkan keamanan dan kerjasama di seluruh dunia.
 MISI SEKOLAH
Mendokong konsep permuafakatan,
penyayang dan memupuk persefahaman
yang jitu ke arah mencapai
kecemerlangan akademik,
ko-kurikulum
dan kemantapan sahsiah.

 VISI SEKOLAH
Meningkatkan dan memantapkan
kecemerlangan sekolah
menjadikan sekolah
sebagai sebuah institusi pendidikan
yang unggul disamping
melahirkan pelajar yang
aktif, kreatif dan kritikal serta
memiliki sahsiah yang mantap.

PIAGAM SEKOLAH
Kami beriltizam menumpukan sepenuh tenaga dan usaha untuk :
  • Melaksanakan tugas dengan penuh semangat berdedikasi, bertanggungjawab, beramanah dan mematuhi segala etika kerja sebagai seorang pendidik.

  • Memajukan prestasi sekolah dalam bidang akademik dan ko-kurikulum selaras dengan pelaksanaan 3M.

  • Mengetepikan kepentingan diri sendiri demi kelancaran pengurusan pentadbiran sekolah.

  • Menerima pandangan, cadangan syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan mutu pendidikan SJK (C) MOH GHEE CAWANGAN.

  • Mendidik murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan yang progresif, dinamik, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.  Menjadikan sekolah sebagai satu institusi pendidikan berprestij serta memberi perkhidmatan yang bermutu.